Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.

Menurut satu sumber Umno, bagaimanapun perjumpaan itu tidak dihadiri presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pertemuan dengan ketua-ketua parti itu diadakan pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat khas kabinet yang dijadual 10.30 pagi hari ini.

"Kesemua ketua parti termasuk Sabah dan Sarawak hadir ke pertemuan pagi tadi.

"Cuma Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir," kata sumber.

Bagaimanapun, sumber itu tidak mengesahkan sekiranya Umno menghantar wakilnya untuk menghadiri pertemuan tersebut.

"Itu saya tidak pasti. Yang saya boleh sahkan Zahid tidak hadir.

"Yang kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti politik yang sokong PN," tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu yang Zahid menukar keputusan untuk tidak hadir pada saat-saat akhir pada pagi ini.

"Sememangnya beliau dijadualkan hadir pada mesyuarat pada pagi ini, namun beliau menukar fikiran pada saat-saat akhir atas keputusan peribadi," kata sumber tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Bangunan Perdana Putra, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, pagi tadi.

Malam tadi, menteri kabinet mengadakan pertemuan tidak rasmi di rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara setelah Yang Di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Sumber kerajaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa semua menteri hadir dalam pertemuan yang diadakan beberapa jam selepas Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi menolak permintaan darurat oleh

Loading...
Muhyiddin yang dikemukakan pada Jumaat lalu.

Mesyuarat bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam.

MR :  Nampaknya politik Malaysia masih panas macam covid-19  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top