Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Kuarantin Kendiri 2 Minggu (1 Video)

Loading...



Hajiji jalani kuarantin kendiri selama dua minggu

COVID-19: Hajiji kuarantin kendiri 2 minggu
Astro Awani
8 Oktober 2020


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memulakan kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan pagi ini berkata langkah itu dibuat secara sukarela oleh Hajiji setelah beliau terdedah kepada individu positif COVID-19.

"Untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah secara sukarela mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

"Ia susulan beliau terdedah dengan individu yang kemudian disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan itu.

Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video.

Hajiji sebelum ini dilaporkan akan membuat pengumuman bagi baki jawatan menteri dan pembantu menteri yang mengangkat sumpah di Istana Negeri hari ini.

Source: Astro Awani
Loading...
Back To Top