SEORANG wartawan veteran tua, beberapa ahli politik ultra kiasu, sibuk berpolitik, bercerita sana sini, tegur sana sini. Kritik PAS, kritik Umno. Lebih-lebih lagi ultra kiasu ini cukup seronok dengan keputusan Biro Politik Umno yang mahu menarik diri daripada PN. Ultra kiasu ini cukup suka PN dan MN berpecah, supaya mereka boleh memerintah dan mendapat kerusi Menteri semula.
Peliknya parti lain tidak pula ditegurnya. Tak diulas pun mengenai pertemuan pemimpin yang disokongnya, dengan YDPA, dan bolak balik yang berlaku dalam kalangan ultra kiasu. Semua orang kenal siapa veteran tua dan ultra kiasuini. Biarlah dia nak cakap apapun. Shhh…
Pokoknya, Umno dan PAS jangan goyah dan peduli dengan psywar dia ini. Teruskan kerja-kerja menyatu, jangan jatuh semula. Perebutan kuasa memang biasa berlaku. Pokoknya, bagaimana nak sedarkah semua, supaya berpada-pada dalam merebut kuasa. Jangan sampai kampung tergadai lagi.
Tidak dinafikan wujud masalah antara Umno dengan PPBM. Umno parti besar, PPBM parti kecil. Sama seperti PAS dengan PAN. PAS parti besar, PAN parti kecil. Memang tidak logiklah, parti kecil, mendapat lebih kuasa daripada parti besar.
Umno sudah mula merasainya. Sudah tentu Umno kecewa bagaimana sebagai sebuah parti besar, diketepikan, berbanding parti kecil. Umno cuba sedarkan PAS yang masih berada dalam PN.
Cuba PAS bayang posisi Umno. Antara PAS dan PAN. PAN sebuah parti kecil, tiba-tiba bergabung, diberikan kuasa lebih daripada PAS selaku parti besar. Apa rasanya? Inilah masalah politik Melayu yang perlu diselesaikan segera jika tidak mahu ultra kiasu memerintah semula. Penyatuan dua parti politik Melayu Islam amat besar kesannya dalam mencorakkan politik Malaysia.
Buktinya semakin jelas dalam PRN Sabah baru-baru. Dengan keputusan PAS tidak bertanding, kesannya begitu dirasai. Bukan sahaja kepada kawasan majoriti Islam tetapi juga kawasan majoriti bukan-Islam yang dimenangi tipis oleh PBS dan STAR.
Kuasa ‘King Maker’ memang tidak boleh dinafikan sama sekali antara kedua parti ini. Keputusan PAS tidak bertanding, menurut sesetengah penyelidik, memberikan kesan dan kemenangan kepada PN dan MN (Umno).
Ini menunjukkan, Umno dan PAS memberikan signifikan besar kepada politik Malaysia. Jika politik Sabah boleh berubah, inikan pula Semenanjung. Sudah tentu banyak parti yang iri hati dan ingin cuba
Jangan biarkan veteran tua dan ultra kiasu terus mencari peluang, menggunakan segala ruang, untuk menyerang. Shhh… jangan jadi mujahat.
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAHMR : Ada yang akan mendapat kebaikan daripada kesusahan orang lain
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.