Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Itali perkenal ujian swab untuk kanak-kanak

Loading...

PIHAK berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.
 
Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.
 
Menurut pihak berkuasa itu, ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.
 
Air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.
 
Sekiranya positif, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya.
 
Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.
 
Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Loading...
Back To Top