Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Istana Negara Beri Amaran Kepada Penyebar Berita Palsu Guna Foto Agong

Loading...

Istana Negara beri amaran kepada penyebar berita palsu guna foto Agong
Astro Awani
5 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Istana Negara tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan institusi tersebut untuk menyebarkan berita palsu demi kepentingan politik atau peribadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, jika perlu, laporan akan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tegas Ahmad Fadil, pihak Istana Negara sentiasa memantau dan memandang serius kenyataan tidak benar yang dibuat oleh beberapa individu kepada media yang menggunakan nama dan menyebarkan foto Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Istana Negara melalui aplikasi WhatsApp.

"Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara memandang serius terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan institusi Istana Negara untuk menyebar berita palsu sama ada bagi kepentingan politik atau peribadi.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara, malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara dari pelbagai sudut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata, Istana Negara menyarankan agar rakyat tidak mudah panik dan percaya dengan berita palsu yang tersebar.

Tambah beliau, Istana Negara turut menasihati agar berita-berita palsu tersebut tidak dikongsi bagi mengelakkan tindakan oleh PDRM dan SKMM.


Source: Astro Awani


Loading...
Back To Top