Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ekonomi merudum jika PKP dilaksana semula

Loading...

Kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 260 kes baharu dilaporkan pada Khamis dan sebanyak 287 kes baharu pada Jumaat lalu.

Sekiranya keadaan berterusan meruncing, tidak mustahil Malaysia akan berhadapan gelombang kedua Covid-19 dan besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, ahli ekonomi memberi amaran pelaksanaan semula PKP akan memberi impak lebih besar terutama kepada ekonomi negara.

Ikuti pandangan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali mengenai perkara ini.

SINAR HARIAN: Apa yang akan berlaku sekiranya negara mengalami gelombang kedua Covid-19?

NURADLI: Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua 2020 apabila negara terpaksa melaksanakan langkah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19. Kini ekonomi negara sedang mencatatkan pemulihan dalam keluk berbentuk 'V' dan sudah mula menunjukkan petanda positif ke arah pemulihan berikutan pembukaan semula aktiviti perniagaan secara berperingkat. Keadaan masih belum reda berikutan cabaran berkaitan pandemik itu yang masih dihadapi Malaysia serta di negara-negara lain. Bagaimanapun, sekiranya gelombang kedua berlaku di Malaysia, tidak mustahil penguncupan ekonomi akan terjadi buat kali kedua dan bentuk pemulihan akan bertukar kepada lekuk 'W' berikutan ia mengalami 'keletihan' (fatigue) iaitu kejatuhan ekonomi kali kedua.

Adakah berkemungkinan kerajaan akan melaksanakan PKP semula untuk mengekang penularan Covid-19?

Besar kemungkinan ya, namun kerajaan perlu melihat implikasi pelaksanaannya itu dari pelbagai sudut. Tetapi saya mencadangkan agar PKP ini dibuat di kawasan tertentu melibatkan zon merah sahaja kerana implikasinya lebih kecil berbanding jika ia melibatkan satu negara. Prosedur operasi standard (SOP) di kawasan-kawasan zon merah ini perlu diperketatkan lagi agar wabak ini tidak menular di kawasan zon hijau sekali gus memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di kawasan terbabit. Dengan pendekatan sedemikian, pemulihan ekonomi masih dalam keluk 'V'.

Kes pengangguran bakal meningkat apabila beberapa sektor akan terjejas sekiranya wabak Covid-19 semakin meningkat. Apa komen profesor dalam hal ini?

Jika PKP sebelum ini, kebanyakan sektor perhotelan dan pelancongan agak terjejas teruk apabila puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan. Malah ada hotel dan pusat penginapan gulung tikar. Sektor ini diramalkan akan berdepan situasi sama, begitu juga kes pengangguran apabila negara kini mencatatkan unjuran 5.3 peratus dan dijangka meningkat lebih tinggi jika wabak Covid-19 ini tidak ditangani dengan lebih serius.

Dalam hal ini, masyarakat perlu memainkan peranan. Mereka perlu tahu peranan masing-masing untuk mengaktifkan kembali sektor pelancongan dan menggerakkan ekonomi amnya. Jika semuanya berperanan dan memainkan tanggungjawab masing-masing, mulai awal suku keempat tahun ini dijangka permintaan terhadap pelancongan akan meningkat daripada segmen pasaran domestik.

Bagaimana masyarakat terutama mereka yang mengalami masalah kewangan dapat menambahkan pendapatan mereka?

Dalam ekonomi yang tidak menentu, setiap individu perlu melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Untuk bebas daripada masalah kewangan, individu itu perlu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada perbelanjaan. Oleh itu, pilihan di tangan kita sama ada mahu mengurangkan perbelanjaan atau menambahkan pendapatan. Mungkin agak sukar untuk mengurangkan perbelanjaan, dan jalan terbaik adalah mencari pendapatan sampingan.

#Sumber :  SH  

MR : Itu sebab kerajaan berputar-putar bagi alasan   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top