Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tidak timbul soal kemaruk kuasa ,amanah rakyat yang mesti dipertahankan

Loading...

Oleh  AHMAD LUTFI OTHMAN

Anwar Ibrahim dan pemimpin2 Pakatan Harapan (termasuk bekas2 prmimpinnya) punya kekuatan moral dan hak untuk merebut balik Putrajaya sebelum PRU15, sebagaimana mandat rakyat pada Mei 2018.

Tapi apa yang berlaku - tanpa melalui pilihan raya - adalah permainan kuasa elit politik, tiada kena mengena lagi dengan rakyat. 

Mereka mengatur strategi, tawar-menawar, mengubah sifir politik seolah-olah undi rakyat itu komoditi yang boleh diperdagang.

Apa pun, kepercayaan rakyat kepada sistem dan proses demokrasi yang terjejas teruk kerana Langkah Sheraton itu mesti dikembalikan segera.

Saya - seperti juga orang biasa lainnya - tidak mampu untuk pengaruhi apa yang berlaku. Ini hanya permainan sekitar 222 ahli Parlimen. 

Rakyat memberi amanah untuk mengurus-memulihkan negara yang hampir punah di bawah regim lama, malangnya sebahagian daripada YB2 ini lebih sibuk dan ghairah menguruskan kepentingan politik masing2.

Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk negara tercinta, terutama di waktu pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi sekarang.

Sidang media Anwar tadi hanya permulaan kepada cerita yang lebih panjang dan mendebarkan. Macam-macam boleh berlaku. 

Ada yang mengikut skrip dan mungkin berlaku nanti peristiwa tidak terduga. Moga rakyat terselamat daripada menjadi korban. 

Pengkhianat dan opurtunis politik yang mencuri kuasa 7 bulan lalu harus dihukum. Gerombolan yang licik ini tentu ada perkiraan tersendiri demi survival pada setiap musim berubah.

Justeru, Anwar dan rakan-rakannya perlu lebih cermat, berhati- hati dan bijaksana. Masa sama, saya masih menanti sikap politik rakan2 dalam Warisan dan penyokong Mahathir Mohamad. 

GPS yang keluar kenyataan menolak Anwar juga jadi tandatanya. Satu lagi, sebagai pengerusi PH, kenapa Anwar tadi tidak diapit Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng? 

Apakah ini gerak Anwar sebagai Presiden PKR semata2 atau langkah berstrategi?

 Di mana kesatuan Pakatan Harapan dan rakan-rakan oposisi?

Moga pengakhiran yang baik menunggu, insya Allah. Ramai mendoakan penuh syahdu agar Malaysia yang teduh, redup dan sejahtera-makmur-adil buat semua warganya. ⚘⚘⚘

Secara peribadi, sejak kerajaan PH tumbang pada akhir Feb lalu, saya sokong penuh usaha untuk merebut semula kuasa yang dirompak itu. 

Tidak timbul soal kemaruk kuasa seperti yang dituduh-ditohmah. Ia adalah amanah rakyat yang mesti dipertahankan, apatah lagi kerajaan pintu belakang yang didirikan itu dilihat mewarisi regim lama kleptokrasi dan korupsi. Apa juga langkah pembaharuan yang dimulakan terhenti secara tiba-tiba. 


Namun, perasaan saya berbaur; gembira, bersyukur dan agak gementar. Masih terlalu awal untuk membuat rumusan, apatah lagi kenduri kesyukuran. 

Tunggu dan lihat, serta panjatkan doa.

 Beri peluang buat Anwar mengumpul sokongan menyelamatkan negara, memartabatkan mandat rakyat. Selamat maju jaya Anwar.

Loading...
Back To Top