Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tiada tempoh penangguhan hukuman lebih berat pemandu mabuk, kata menteri

Loading...

PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkata, tiada tempoh penangguhan diberikan dalam pelaksanaan hukuman lebih berat dalam kes pemandu mabuk di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan, yang akan dibentangkan di Dewan Negara minggu depan.

“Saya rasa kita sudah beri cukup masa untuk mengingatkan dan mendidik masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen pendidikan pemanduan mabuk, hari ini.

“Sebaik sahaja kita dapat kelulusan daripada senat, saya rasa kita tidak mahu tangguhkannya lagi.”

Wee berkata hukuman lebih berat, termasuk denda dan penjara, adalah mencukupi untuk mencegah orang melakukan kesalahan terbabit.

Katanya, undang-undang itu tidak bertujuan untuk mengambil hak individu yang ingin mengambil alkohol.

“Anda boleh minum. Tetapi apabila anda minum, jangan memandu. Mesejnya sangat mudah,” katanya.

Beliau juga memberi amaran terhadap mereka yang cuba melarikan diri daripada hukuman dengan memberi rasuah, dengan berkata, mereka yang didapati bersalah akan berdepan hukuman berganda.

“Biar penguatkuasaan undang-undang tangani perkara ini. Sekiranya orang cuba lari, akan ada 2 hukuman menanti mereka,” katanya.

Dalam usaha mendidik masyarakat tentang bahaya pemanduan mabuk, Wee berkata, setakat mengubah silibus di sekolah memandu adalah tidak mencukupi.

Katanya, cabaran lebih besar ialah mendidik individu yang telah lulus sekolah memandu.

“Mereka inilah yang kita kena didik. Mereka yang minum setiap hari, merekalah yang berdepan berisiko jika tak dapat mesej kita,” katanya.

“Paling penting adalah, kita perlu serius dalam melaksanakan undang-undang ini.”

Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang menyaksikan peningkatan hukuman bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan memandu secara melulu.

Individu yang menyebabkan kematian ketika memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dipenjara antara 10 dan 15 tahun, dan didenda antara RM50,000 hingga RM100,000.

Denda minimum untuk pesalah kali pertama akan dinaikkan dari RM5,000 ke RM20,000, dengan denda maksimum dinaikkan dari RM20,000 ke RM50,000.

Pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara minimum 5 tahun, berbanding denda semasa, iaitu 2 tahun . Hukuman penjara maksimum kekal 10 tahun.

Untuk sabitan berikutnya, pesalah akan didenda antara RM20,000 hingga RM100,000, berbanding denda semasa RM5,000 hingga RM50,000.

Tempoh penjara bagi pesalah berikutnya juga akan meningkat menjadi antara 10 dan 15 tahun.

Lesen pesalah kali pertama ditarik balik selama maksimum 5 tahun. Untuk kesalahan berikutnya, hukumannya akan digandakan hingga 10 tahun.

#Sumber :  FMT  

MR :   Ni geng PH tak suka, AMANAH pula membisu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top