Simsudin Sidek meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah setelah parti itu diperuntukkan hanya separuh daripada 14 kerusi yang dimintanya.
Simsudin Rabu lalu mengumumkan bahawa PKR akan bertanding 14 kerusi, sehari sebelum Warisan Plus mengumumkan calon mereka.
PKR diumum hanya akan bertanding tujuh kerusi Dun pada majlis tersebut.
Walaupun timbul rasa tidak puas hati, kepimpinan PKR akhirnya bersetuju dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi mengelakkan pertembungan dengan sekutunya pada hari penamaan calon.
Simsudin berkata, dia menghormati keputusan pucuk pimpinan tetapi meletak jawatan sebagai ketua penerangan PKR Sabah.
Peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 11 September.
"Saya berpendapat pertambahan ketara bilangan ahli PKR Sabah dan pertambahan kerusi Dun pada PRN Sabah yang akan datang menjadi asas justifikasi untuk selayaknya PKR Sabah mendapat pengagihan kerusi yang lebih adil," katanya dalam satu kenyataan.
Berikutan persempadanan semula, jumlah kerusi Dun di Sabah bertambah daripada 60 kerusi kepada 73 kerusi.
Walaupun tidak bersetuju dengan pengagihan kerusi dan meletakkan jawatan dalam PKR, Simsudin berkata dia tetap setia kepada parti itu.
"Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada seluruh ahli dan MPN Sabah yang telah memberi sepenuh kerjasama kepada saya sepanjang saya melaksanakan amanah sebagai ketua penerangan," katanya yang akan menumpukan lebih banyak masa untuk aktiviti parti di peringkat cabang.
MR : Tak sempat nak perang PRN, perang sama sendiri
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.