Loading...
Tuan Editor,
Saya sebagai pembaca tegar semenjak 1998 rasa sangat gembira apabila laman Detidaily beroperasi semula. Detikdaily setakat sehari dua ini masih mengekalkan konsepnya yang menyiarkan artikel terbuka tanpa mengira kepartian. Ini adalah sangat sesuai untuk pemikiran politik kini yang mana baik dan betul akan dipertahankan tak kira datang daripada pihak parti mana. Yang salah akan dipersoalkan.
Budaya pemikiran begini sangat baik dan saya merasakan tindakan DetikDaily sangat bertepatan dengan keadaan politik kini.
Seperti yang dijanjikan artikel DetikDaily tidak akan sama dengan MindaRakyat. Memang benar jadi bila saya membaca MindaRakyat dan Detikdaily saya merasakan pembacaan itu melengkapi hampir keseluruhan berita yang tersebar. Teruskan perkara ini nampaknya semacam DetikDaily adalah pelengkap kepada berita/artikel pada laman MindaRakyat.
Tuan Editor boleh saya bertanya adakah Admin DetikDaily Nordin Ali ini adalah penulis blog yang sangat kontraversi sekitar 2015 dan muncul sekejap 2016 dan terus menghilangkan diri?
http://nordinali.blogspot.com/
MindaRakyat pula artikel yang berbentuk umum dan penulisan yang kebanyakannya datang daripada cara dan gaya politik di media massa membuat saya teringat kepada laman TranungKite.
Tuan Editor,
Kenapa TranungKite (yang lebih dikenali TKO) sehingga kini masih belum beroperasi? Kemana perginya server TKO yang kami sama-sama tolong derma untuk dibeli? TKO sangat maju sehingga kena beli beberapa server dan kami bangga turut menderma atas pembelian itu?
Adakah server TKO terbiar?
Harap jika adalah orang yang terlibat dengan TKO membaca surat ini, minta tolonglah hidupkan semula TKO bersama dengan MindaRakyat dan DetikDaily.
Bekas Otai Reformasi
MR : Admin Nordin Ali itu saya tak pasti. Sebahagian server TKO pernah digunakan oleh BuletinOnline. Adakah TKO akan beroperasi semula semperna PRU-15, tak pasti. Tapi biasanya bila seorang itu pernah menjadi General Perang Cyber... dia tak mati sendirian dia akan berperang juga yang walaupun angkatan perangnya mempunyai team lain. DetikDaily boleh di layari melalui url https://www.detikdaily.net/ . Surat pembaca boleh diemel kepada mindarkyat@gmail.com
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...