KOTA KINABALU: Dua hari sebelum rakyat Sabah membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Presiden Warisan Shafie Apdal memohan maaf kepada seluruh rakyat negeri itu kerana membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun menyedari negara masih diancam wabak Covid-19.
Shafie dalam rakaman video menjelaskan, beliau bertindak sedemikian kerana mahu memberi peluang kepada rakyat Sabah memilih wakil rakyat mereka, bukannya ditentukan serta diatur pihak tertentu yang mahu merebut kuasa.
“Dalam kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Sabah, kerana berhadapan dengan PRN yang mana membolehkan dan memungkin kita bukan hanya berkempen, bahkan juga mendampingi pengundi yang ada di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.
“Sudah pasti dalam keadaan wabak Covid-19, kita berkemungkinan terjangkit dengan wabak ini, namun oleh kerana pergolakan politik berlaku di negara kita, pembabitan perebutan kuasa yang juga membabitkan negeri Sabah, hingga mahu juga ambil pemerintahan di peringkat Sabah.
“Maka dalam keadaan sedemikian, kita terpaksa membubarkan DUN untuk melaksanakan sistem demokrasi. Rakyat dan pengundi harus menentukan siapa menjadi kerajaan dan wakil rakyat, bukannya pihak tertentu yang inginkan kuasa. Kita serahkan kembali kepada rakyat,” katanya.
Sabah terus mencatat jumlah kes Covid-19 tertinggi sejak beberapa hari lepas. Hari ini, sebanyak 71 kes baharu dilaporkan dengan Sabah mencatat 63 jangkitan.
Shafie berkata, PRN Sabah kali ke-16 merupakan pilihan raya terpenting buat rakyat di seluruh negeri, bagi memastikan wakil rakyat dipilih dapat menjalankan amanah dengan penuh bermaruah, bermartabat dan integriti.
“Dalam usaha kita tambah undi yang ada, kita harus berhati-hati dan berjaga-jaga supaya masalah Covid-19 ini tidak menjangkiti mana-mana pihak khususnya pengundi.
“Dalam kesempatan ini, tunaikanlah tanggungjawab selaku rakyat yang mempunyai hak dalam Perlembagaan Persekutuan, tunaikanlah tanggungjawab mengundi, yang mana kita pilih untuk menjadi wakil rakyat dan kerajaan Sabah,” katanya.
MR : Kempen Warisan menjurus menyalahkan orang lain sama seperti PH
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.