Loading...
penghutang penghakiman di hadapan Timbalan Pendaftar, Farah Shuhada Ramli di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Saman penghutang penghakiman adalah saman dikeluarkan mahkamah terhadap penghutang bagi mengarahkan individu terbabit hadir ke mahkamah dan memberikan segala maklumat mengenai aset dimiliki serta jumlah yang mampu dibayar bagi menyelesaikan hutang penghakiman.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Rina dan seorang lagi pengarah syarikat, Ida Rahayu Md. Noor gagal menjelaskan jumlah yang telah dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian antara tiga syarikat mereka dengan Sarl Novovision walaupun bersetuju akan memikul segala tanggungjawab dan liabiliti syarikat.
Sementara itu, peguam Mark Ho yang mewakili Sarl Novovision memaklumkan, Rina telah mengemukakan cadangan terma penyelesaian baharu.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai terma tersebut kerana kes masih berjalan di mahkamah, namun mengesahkan ada menerima beberapa keping cek bayaran.
Rina melalui tiga syarikat yang kini telah digulung iaitu Eurofine (M) Sdn. Bhd., Fine Mobile Network Sdn. Bhd. dan Fine TV Network Sdn. Bhd. telah membeli beberapa rancangan komedi dan dokumetari bernilai jutaan ringgit dengan syarikat produksi Perancis itu antara 2011 dan 2013.
Ketiga-tiga syarikat itu telah ditutup antara Disember 2013 dan Ogos 2015.
Sekitar Mei 2014, Rina dan Ida Rahayu telah memasuki perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision antaranya menyatakan kesanggupan memikul segala tanggungjawab dan liabiliti syarikat.
Pada April tahun lalu, satu penghakiman persetujuan telah ditandatangani antara kedua-dua pihak selepas menteri terbabit gagal menyelesaikan jumlah ditetapkan. – UTUSAN