Loading...
KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengejut mengenai calon gabungan itu untuk jawatan ketua menteri Sabah.
Sewaktu orang ramai riuh bersorakan di bandar di utara Tuaran itu, Muhyiddin mengumumkan Hajiji Noor sebagai calon paling sesuai untuk jawatan ketua menteri dengan persetujuan rakan-rakan PN dalam Gabungan Rakyat Sabah yang baru ditubuhkan.
“Pengumuman itu tentulah mengejutkan,” kata Rahman, ketua Umno Tuaran, yang hadir untuk menyambut Muhyiddin.
Presiden PN itu turun padang untuk memberikan sokongan kepada Hajiji sebelum beliau menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon PN untuk kerusi tersebut.
Pengumuman Muhyiddin, bagaimanapun menimbulkan gelombang kejutan dalam kalangan pemimpin Umno yang meletakkan 31 calon untuk pilihan raya berbanding 19 dari PPBM.
Pemimpin Umno, termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi, segera memberi respons dengan berkata, perbincangan mengenai siapakah yang akan menjadi ketua menteri adalah pramatang.
Apa-apa keputusan mengenai jawatan itu hanya boleh dibuat apabila BN dan rakan kongsi politiknya menang pilihan raya, kata Zahid.
Beliau sebelum ini berkata, pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin boleh menjadi calon yang sesuai untuk jawatan itu.
Persoalan yang timbul dalam kalangan pemerhati politik adalah sama ada pengumuman Muhyiddin itu menunjukkan wujudnya peralihan kuasa, dengan PPBM menunjukkan taring dengan membuat tuntutan awal ke atas jawatan tersebut.
Mereka berkata, Muhyiddin mungkin tahu bahawa pengumuman seperti itu pasti akan menyakitkan perasaan ahli Umno dan merosakkan apa kerjasama longgar antara jentera pilihan raya kedua-dua parti itu.
Tampaknya, Muhyiddin bersedia untuk mengambil risiko.
“Adakah Muhyiddin cuba mengatakan bahawa PPBM berada di kerusi pemandu walaupun dengan calon sedikit berbanding Umno?
“Ini tidak akan diterima baik dan boleh membawa impak yang serius. Jangan ketepikan sabotaj,” kata seorang ahli politik tempatan.
Penganalisis politik Lee Kuok Tiung, bagaimanapun berkata, keputusan Muhyiddin dibuat untuk mencabar Warisan Plus, yang mewarwarkan Shafie Apdal sebagai satu-satunya calon ketua menteri.
“Suka atau tidak, Gabungan Rakyat Sabah juga perlu tampil dengan calon ketua menterinya sendiri,” katanya, dengan menambah bahawa Umno akhirnya akan mencadangkan calonnya sendiri, dan parti itu kemungkinan akan memiliki suara yang signifikan mengenai masalah itu.
“Lambat laun, semuanya bergantung kepada siapa yang memiliki majoriti atau lebih banyak kerusi,” kata Lee
.
Menyetujui bahawa pengumuman Muhyiddin bersifat pramatang, pemerhati politik, Hamid Ismail berkata pengumuman itu tidak mungkin memberi impak yang besar dalam kalangan pengundi.
Katanya, apa yang lebih penting adalah penubuhan Gabungan Rakyat Sabah kerana pengundi akan melihatnya sebagai penyatuan parti yang menentang Warisan Plus.