Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Nurul Izzah ingatkan Guan Eng jangan langgar semangat setiakawan

Loading...

SHAH ALAM
- Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai calon perdana menteri pilihan sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan.

Menerusi kenyataan di Twitternya, Nurul Izzah berkata, fokus parti ketika ini ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan bukan berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan.

"Fokusnya Pilihan Raya Negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan," katanya hari ini.

Guan Eng dalam satu wawancara semalam berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi pilihan beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH kembali menjadi kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun jelasnya, Anwar masih menjadi pilihan pertama, namun Presiden PKR itu perlu memberikan laluan sekiranya Mohd Shafie mendapat sokongan lebih banyak.

#Sumber : SH    

MR :  PH sudah hilang dalam radai politik Malaysia  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top