Loading...
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik tangkap layar laporan berkenaan yang memaparkan senarai menteri Kabinet di bawah pentadbiran Anwar.
Berdasarkan senarai tersebut, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan masing-masing sebagai Menteri Kewangan I dan II.
“Laman web yang melaporkan saya antara 19 ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar jadi Perdana Menteri juga senaraikan saya sebagai Menteri jaga ekonomi (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).
“Individu yang pernah difitnah ada ijazah (Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar) juga dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
“Nak tanya, saya report (lapor) kepada bos saya Menteri Kewangan Guan Eng, tak?” tulis Najib secara sinis dalam Facebook berkenaan.
Pada ruangan komen dalam nada sama, Najib turut meminta sekiranya boleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad atau dipanggilnya sebagai 'Lid' dilantik sebagai timbalan beliau iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana pemimpin itu sangat memahami hal berkaitan Bitcoin.
#Sumber : SH
MR : Khalid broker boleh bua duitlah
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...