Loading...
PETALING JAYA: Mufti Perlis hari ini menghentam penipuan sijil sebagai jenayah “yang membawa kepada penipuan demi penipuan yang lain”, menyeru pelakunya “turun atau diturunkan”.
Asri Zainul Abidin berkata penipuan sijil atau kelulusan tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan.
“Apatah lagi yang berada di peringkat atasan,” katanya di Facebook.
“Sesiapa yang mencapai kedudukan kerana penipuan sijil atau kelayakan, dia hendaklah turun atau diturunkan.”
Kenyataan Asri mengundang pelbagai komen daripada pembacanya.
“Kalau orang bawah memang hilang kerja,” kata seorang pembaca, John Marshall.
Kayrollz Nasri pula tidak kisah jika seseorang itu bersijil atau tidak, kerana “yang penting tak menipu”, manakala Yan Rehan Razali tertanya apakah tidak ada undang-undang untuk hal itu.
#Sumber : FMTUntuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...