Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mantan Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar meninggal dunia

Loading...

Source: Sinar Harian 

Mantan Menteri Besar Terengganu meninggal dunia
BERNAMA
21/09/2020 09:49 AM


KUALA TERENGGANU, 21 September -- Mantan Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anaknya Wan Abdul Hakim melalui Facebook miliknya.

Wan Abdul Hakim turut memberitahu jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, selepas solat Zohor nanti dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Allahyarham Wan Mokhtar, 88, yang berasal dari Kuala Terengganu, berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999.

-- BERNAMA

 
Loading...
Back To Top