Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mampukah rakyat utamakan pemimpin muslim wibawa?

Loading...

BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Mampukah rakyat Malaysia membuat keputusan untuk mendahulukan pemipin muslim yang berwibawa, amanah dan kompeten?

Persoalan itu ditimbulkan oleh Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin susulan daripada pelbagai kejadian politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, selain wakil rakyat lompat parti.

Beliau berkata, sejak sekian lama negara dikuasai ‘warlord’ politik dengan pelbagai agenda yang jauh daripada memartabatkan semula agama, bangsa dan masa depan negara.

“Mampukah rakyat Malaysia membuat keputusan untuk mendahulukan pemilihan kepimpinan kepada pemimpin muslim yang berwibawa, amanah dan kompeten?

“Pemimpin yang jauh daripada rasuah kronisma, membenar empayar peribadi, mendukung agenda liberal, evangelis, cauvinis, syiah, komunis dan tidak tunduk kepada agenda asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Dr Zainur Rashid berkata, ramai ‘warlord’ tidak mahu memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik dan berkaliber.

“Cuba bandingkan dengan parti-parti politik Melayu sekarang, hampir semua kalau tidak semua dibolot oleh orang lama,” katanya.

#Sumber : Isma Web   

 





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top