JOHOR Bahru: Pemilik kilang dan pekerja asingnya direman tiga hari bagi membantu siasatan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai, di sini.
Permohonan reman bermula hari ini hingga Isnin oleh Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin, di Mahkamah Majistret Kulai, di sini hari ini.
Pemilik kilang berumur 56 tahun dan pekerja lelaki warga Indonesia, 23, ditahan di kilang terbabit jam 2.50 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan perkara itu tular di Facebook.
Katanya, hasil soal siasat majikan terbabit mengaku ada mengarahkan pekerjanya untuk menukar Jalur Gemilang yang lusuh kepada bendera yang baru dan tidak dipantau semula.
"Siasatan mendapati pekerja warga asing itu baru tiga bulan bekerja di kilang itu dan memasang bendera seorang diri tanpa kehadiran majikan di lokasi.
"Majikan itu memberitahu pekerja terbabit memasang bendera negeri dengan betul tetapi bendera Malaysia dipasang terbalik", katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 dan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.
#Sumber : BHMR : Kalau tegas baharulah mereka mengerti
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.