Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jangan Gelak, Pejuang sasar menang 35 kerusi Parlimen dalam PRU15, kata Dr M

Loading...

PUTRAJAYA:
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan memenangi 36 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengasasnya Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak cukup untuk parti itu membentuk kerajaan, ia akan membolehkan Pejuang menjadi penentu kepada pihak mana yang patut menjadi kerajaan.

“Saya fikir kami boleh berada dalam kedudukan untuk menyertai mana-mana gabungan (Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan). Jika mereka menerima syarat kami, dengan itu kami akan menyertai mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mahathir juga mendakwa sudah mempunyai senarai 18 ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang menyokong Pejuang.

“Mereka bukan daripada parti kami (Pejuang), tetapi mereka mesra parti kami dan percayakan prinsip yang sama,” katanya.

Mahathir berkata, Pejuang akan bekerjasama dengan mereka dan pada masa yang sama berharap akan mendapat cukup sokongan di Semenanjung.

#Sumber :  FMT  

MR :  Cita-cita tinggi suatu yang baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top