Loading...
penumpang untuk melancong kerana wabak Covid-19.
“Permintaan semakin menurun, manakala bekalan pula meningkat,” kata Pengarah Tenaga Hadapan di Mizuho Securities, Robert Yawger.
Menurut laporan Bloomberg, punca sebenar kejatuhan harga disebabkan pengumuman Arab Saudi untuk memotong harga jualan minyaknya kepada Asia dan Amerika Syarikat.
Jelas laporan itu, bukanlah satu petanda yang baik apabila negara pengeksport utama minyak dunia itu mahu menurunkan harga semata-mata untuk menarik pembeli.
“Ia adalah amaran berganda. Manakala OPEC pula seolah-olah panik dengan memberi petanda buruk kepada komuniti tenaga,” kata Yawger.
Kejatuhan berterusan harga minyak mentah itu berlaku ketika banyak pasaran utama dunia mengalami kejatuhan.
Pasaran Nasdaq misalya, jatuh sebanyak 10 peratus dalam sesi dagangan kelmarin dengan saham-saham syarikat seperti Tesla, Apple dan Zoom mengalami kejatuhan lebih besar.
“Minyak turut menerima risiko kejatuhan pasaran. Tidak ada apa-apa yang berubah dalam asas perniagaan berkenaan bekalan dan permintaan,” kata penganalisis tenaga di Neuberger Berman, Jeff Wyll.
Para pelabur juga dilaporkan keluar daripada saham-saham minyak. Ini menyaksikan saham-saham syarikat seperti Apache, Occidental Petroleum dan Diamonback Energy jatuh lebih enam peratus dalam sesi dagangan kelmarin, manakala saham ExxonMobile susut tiga peratus.
Pandemik Covid-19, perang harga minyak antara Rusia dan Arab Saudi dijangka akan terus menjejaskan harga minyak mentah global. Bank Amerika dalam laporannya sebelum ini menjangkakan, pasaran global minyak mentah akan kembali normal dalam tempoh tiga tahun. – AGENSI