Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hanya AMANAH buat sokongan DAP masih diam


KUALA LUMPUR:
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengesahkan semua 11 Ahli Parlimen parti itu menyokong langkah Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti kukuh.

Mohamad berkata, kepimpinan AMANAH termasuk sebelas Ahli Parlimennya menyokong penuh niat Anwar yang juga Presiden PKR untuk membentuk kerajaan baharu.

"Kami mengambil maklum pengumuman dibuat Anwar, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Port Dickson yang hari ini memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

"Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau, dan memberi sepenuh kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan. Sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya.

#Sumber : BH    

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke
Loading...
href="https://t.me/mindarakyatt">https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top