Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hamid Hamid, Sudah Sudah Lah Berikan Alasan Mengarut Tu!!!

Loading...

Satu Malaysia tahu Ketua Polis Negara, Hamid Bador telah gagal untuk kotakan janji membawa pulang saksi penting kes 1MDB dan SRC, Jho Lo, ke Malaysia.

Janji yang beliau sendiri ucapkan, janji yang beliau sendiri mungkiri dan sudah beberapa kali beliau berikan alasan yang langsung tidak munasabah bagi menutup kegagalan beliau.

Antara alasan yang cukup memualkan kita semua ialah Jho Lo sudah melakukan pembedahan plastik untuk mengelakkan dari dikenali!!!

Terkini, sekali lagi Hamid berikan alasan dan alasan kali ini adlah dengan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.


"Saya memang berazam untuk membawa pulang Jho Low sebelum akhir tahun lalu, dan selepas itu kita tidak berdiam dan menggunakan pelbagai cara supaya dia dapat dibawa balik."

"Malangnya kita tidak mendapat kerjasama sepatutnya seperti yang biasa kita terima sebelum ini sedangkan kes membabitkan Jho Low adalah kes jenayah dan dia adalah penjenayah yang lari dari buruan."

"Segala usaha dibuat dengan meminta bantuan pihak berkuasa di Hong Kong dan Macau serta agensi perisikan antarabangsa yang lain, bagaimanapun berhadapan halangan yang sangat besar."

"Usaha menangkap Jho Low sepatutnya mudah sekiranya pihak berkuasa di negara tempat Jho Low berada, ikhlas untuk membantu PDRM."

"Sekiranya agensi kepolisan sebuah negara itu ikhlas membantu namun sekiranya tidak ikhlas, ia mempunyai agenda, maka ia jadi susah."

"Sebelum ini wujud kerjasama yang begitu baik sekali, tetapi kenapa dalam kes ini seolah-olah kita dihalang." 

"Mereka tidak mahu memberikan kerjasama dan memberikan pelbagai alasan, itulah masalahnya."

Persoalannya, siapa sebenarnya yang mempunyai agenda untuk menyembunyikan Jho Lo?

Apakah Jho Lo mempunyai pengaruh yang begitu besar kepada Interpol dan juga negara-negara asing yang mana Hamid dakwa Jho Lo bersembunyi sehingga Interpol dan negara-negara tersebut enggan berkerjasama dengan pihak PDRM.

Atau ada pihak-pihak tertentu dari Malaysia sendiri yang tidak mahu Jho Lo di bawa pulang ke Malaysia sehingga kes SRC dan 1MDB telah tamat sepenuhnya dan DS Najib dimasukkan ke dalam penjara?


Perkara yang sama pernah pernah berlaku dalam isu mahu membawa pulang salah seorang suspek utama kes pembunuhan Altantuya, Sirul Azhar Umar, yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Australia.

Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan ketika itu mendakwa, Malaysia masih menunggu kelulusan dari Kerajaan Australia untuk ekstradisi Sirul untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Tetapi, penipuan Pakatan Harapan terbongkar dalam kunjungan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, ke Malaysia bila mendedahkan Malaysia TIDAK PERNAH memohon untuk ekstradisi Sirul dari Kerajaan Australia!!!

Dan sehingga hari ini, Sirul masih lagi tidak di bawa pulang ke Malaysia.


Motifnya adalah supaya Sirul yang pernah membuat Akuan Bersumpah (SD) menafikan penglibatan DS Najib secara langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan Altantuya, tidak dapat dijadikan saksi penting sekiranya kes pembunuhan Altantuya dibuka semula selepas Azilah yang kini berada dalam penjara mengeluarkan Akuan Bersumpah yang mengaitkan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.

Namun selepas Julie Bishop mendedahkan penipuan Pakatan Harapan, kes pembunuhan Altantuya yang dikatakan mahu di buka semula atas alasan ada bukti baharu (Akuan Bersumpah Azirul), senyap begitu sahaja.

Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan Interpol dan juga Kerajaan Hong Kong, apatah lagi Hong Kong merupakan anggota negara Komonwel.

Tidak mungkin Interpol mahu pun Kerajaan Hong Kong atau mana-mana kerajaan di dunia ini akan menolak permohonan kerjasama untuk menangkap penjenayah Jho Lo.

Tidak mungkin mereka mahu menyembunyikan penjenayah Jho Lo yang menjadi buruan dalam negara mereka.

Kecuali kalau TIDAK ADA permintaan untuk meminta pertolongan, maka sudah tentu merka tidak akan berikan pertolongan untuk menangkap Jho Lo.

Malaysia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana negara di dunia ini, yang suka bermusuh adalah Dr Mahathir.

Dan Hamid adalah Ketua Polis Negara lantikan politik yang dilantik oleh Dr Mahathir.

Kes semburit Azmin sudah cukup memberitahu kita, siapa tuan yang mencucuk hidung Hamid.

Namun kita pelik, kenapa Muhyiddin yang dikatakan tegas, telus dan mulus TIDAK MAHU menggantikan Hamid dengan seorang Ketua Polis Negara yang lebih berintegriti.

Apakah tuan yang mencucuk hidung Hamid adalah orang yang sama mencucuk hidung Muhyiddin?
Loading...
Back To Top