Mahathir pernah menulis buku Dilema Melayu pada 1970. Buku tersebut terbit (dan diharamkan) akibat dari kekalahan teruk UMNO dalam PRU 1969 dan akhirnay mencetuskan trajidi berdarah Mei 13, 1969. Tuduhan paling lantang Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pada masa itu adalah sifat Tunku yang terlalu berlembut memberikan banyak muka kepada kaum Cina dalam menguasai ekonomi Negara. Mahathir melihat kelemahan berterusan Melayu adalah berakibatkan penguasaan mendadak kaum Cina terhadap ekonomi Negara pasca merdeka. Ini adalah berpunca dari ketangkasan golongan kapitalis Cina (dan India) dalam mengisi kelompangan serta menjadi custodian terhadap industri dan perdaganan yang ditinggalkan oleh British. Rentetan dari itu maka, Tun Razak telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru, DEB pada 1972 yang mengariskan secara jelas bahawa Melayu harus menguasai 30 peratus dari ekonomi Negara. Tanggapan saya, tunjang kemarahan Mahathir terhadap kaum kapitalis Cina dan Tunku adalah lantaran kegairahan kedua-duanya dalam usaha memakmurkan Negara sehingga melupakan asas ketidakpuas hatian Melayu terhadap British. Semasa era penjajahan British, berkemungkinan ekonomi Negara dikuasai 75 (?) peratus oleh British, 10 peratus oleh kaum Cina dan India dan Melayu hanya menguasai 5 peratus dan itupun terikat dengan sektor sara diri.
(2) Hakikatnya prinsip terselindung dari DEB; Kerajaan Malaysia perlu menjamin secara ketat agar sekurang-kurangnya 30 peratus kekayaan Negara yang dikuasai British mesti berpindah tangan kepada Melayu. Baki 70 peratus, bolehlah diagihkan kepada kaum-kaum lain termasuk kepentingan asing. Namun sebelum wujudnya DEB, Tunku tidak memerhatikan kepentingan tersebut dan membiarkan ekonomi Negara berjalan secara liberal sehingga kedudukan Melayu menjadi lebih parah. Dari sudut agihan ekonomi, saya mendokong pembenrontakan Mahathir terhada Tunku. Sesungguhnya, jika sesiapa membaca biografi Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang terakhir, beliau juga tidak bersetuju dengan sikap liberal leisure faire Tunku, sehingga dia mengambil keputusan meletakkan jawatan.