Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar
Parti Warisan plus di Sabah sepakat untuk gunakan lambang Warisan bagi menghadapi Pirane 26 September nanti kecuali PKR akan kekal menggunakan lambang sendiri, Mata.
Sementara UPKO yang juga bersama Warisan belum memutuskan apakah menggunakan simbol sendiri atau tidak.
Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding hanya SATU (1) kerusi dan DAP bersetuju untuk menumpang lambang Warisan.
Wajar sekali bagi Amanah kerana bertanding hanya satu kerusi kalau gunakan lambang sendiri ia tidak ke mana juga, kecuali parti itu bertanding sekurang-kurang 10 kerusi baru ada munasabah kalau guna lambang sendiri.
Tidak jadi masalah apakah guna lambang sendiri atau menumpang lambang parti lain, yang penting jangan berantakan sesama sendiri. Keputusan diambil masing² parti perlu dihormati tanpa dakwa dakwi lagi selepas ini. Trims.
Loading...