Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Batu bersurat berusia 1,400 tahun terbiar, mana pihak kerajaan? Kenapa kerajaan negeri membiarkan?

Loading...

Batu bersurat Cerok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dianggarkan berusia lebih 1,400 tahun kini semakin terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan oleh Jabatan Warisan Negara.

Tinjauan wartawan baru-baru ini mendapati batu bersurat yang terletak di kawasan kompleks Gereja St Anne itu terbiar dan menjadi sasaran vandalisme tanpa sebarang usaha menyelamatkan peninggalan sejarah itu atau dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong.

Dipercayai batu bersurat tersebut merupakan megalit tertua di Malaysia wujud pada abad ke-5 masihi.

Ia didokumentasikan oleh Kolonel James Low, seorang pegawai tentera British, pada tahun 1845. 

Catatan Low masih terdapat di atas batu tersebut dan boleh dilihat dengan jelas.

Bagaimanapun tulisan asalnya diconteng oleh pengunjung kerana tiada kawalan daripada pihak gereja mahupun Jabatan Warisan.

Pondok yang dibina oleh Jabatan Warisan pada tahun 2006 juga tidak diselenggara dengan baik sehingga bumbungnya rosak teruk.

Jabatan Warisan Negara telah dimaklumkan melalui e-mel dan masih menunggu penjelasan.

Sementara itu, V Nadarajan, 75, penulis buku Bujang Valley, The Wonder That Was Ancient Kedah berkata batu bersurat Cerok Tok Kun merupakan peninggalan tamadun purba Lembah Bujang yang paling ke selatan.

"James Low adalah penyelia wilayah Wellesley (Seberang Jaya) berminat dengan sejarah semenanjung Melayu seperti budaya dan sifat masyarakat setempat.

"Pada tahun 1840-an, dia mulai masuk menerokai kawasan hutan Kedah untuk mencari tempat bersejarah.

"Yang pertama pada tahun 1845, dia menjumpai batu bersurat dan sebuah kuil Buddha purba terbengkalai di Seberang Perai Utara. Ia kemudian dipanggil sebagai batu bersurat Buddhagupta yang menggunakan bahasa Sanskrit dengan tulisan Pallava grantha. Batu itu kini berada di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, di Merbok, Kedah.

"Kemudian, pada tahun sama Low menjumpai batu bersurat setinggi sembilan kaki di Bukit Mertajam," katanya

"Para arkeologi pada zaman British mengesahkan bahawa ia berasal dari abad ke-5 masihi kerana bahasa Sanskrit dengan menggunakan tulisan Pallava grantha," tambahnya lagi.

Menurut Nadarajan yang juga seorang peguam dan berminat dengan tempat-tempat bersejarah, tulisan di batu bersurat itu menjelaskan mengenai seorang raja bernama Ramaunibha.

"Tulisannya berbaca demikian: "Saya mengakui musuh-musuh Raja Ramaunibha yang berpuas hati dan mereka yang jahat terus tertindas".

"Mungkin dia (Ramaunibha) Raja Kadaram atau Kedah pada zaman itu.

Ditanya mengenai perasaan beliau mengenai batu bersurat terbiar, Nadarajan berkata ia masih boleh dipulihkan.

"Pada tahun 1973, Jabatan Muzium mendirikan pondok dalam usaha memelihara peninggalan warisan ini. Pada tahun 2006 Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Prof Emeritus Zurina Majid memperbaharui pondok itu dan gazet tapak tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Tetapi, ia dirosakkan teruk, sengaja disimbah cat, pasangan kekasih pergi ke sana menulis nama mereka menyebabkan kawasan arkeologi tertua di Lembah Bujang rosak teruk dan tidak lagi dipelihara oleh sesiapa.

"Saya minta Jabatan Warisan Negara segera mengambil tindakan dengan membersihkan contengan untuk mengembalikan status asalnya.

"Mereka perlu mendirikan pagar yang tinggi agar orang tidak dibenarkan masuk dan pelancong masih boleh melihatnya dari luar," katanya lagi.

MR : DAP Pulau Pinang Sibuk politik, warisan tertinggal    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top