Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Apa sebenarnya tugas yang dilakukan oleh Duta Khas PM?

Loading...

Ramai yang tidak tahu, apa sebenarnya tugas yang dilakukan oleh Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ?

Susuk tubuh ini acapkali menjadi tu tumpuan serangan dan kecaman mereka yang iri.

Hakikatnya, namanya di Malaysia, begitu dihormati oleh para ilmuan, malah beliau amat disegani di peringkat antarabangsa.

Ramai yang tidak tahu, Tuan Guru, sebenarnya telah lama menjadi orang penting dalam perkembangan politik di Timur Tengah.

Menjawat jawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia adalah antara bukti ketokohan beliau, sekalipun berasal dari wilayah nusantara ini.

Bermula lantikan rasmi, 2 April 2020, Tuan Guru memulakan tugasnya yang bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai rakan perdagangan strategik negara-negara Timur Tengah.

Kerjasama tersebut melibatkan bidang Agama Islam, Pendidikan, Perdagangan dan Pelaburan.

Sebanyak 21 buah Negara, termasuk 5 Negara tambahan yang menjadi tumpuan Tuan Guru dalam menjalankan tugas yang besar ini.

Antara langkah awal yang telah diambil dan sedang berjalan ialah membina hubungan dengan wakil-wakil Negara terlibat.

Begitu juga kerjasama antara kementerian, agensi Kerajaan, NGO, termasuk Wisma Putra yang menjadi rujukan utama dalam melaksanakan tugas ini.

Kini, telah masuk 5 bulan berkhidmat, sebanyak 9 buah negara telah mengadakan pertemuan, menjalinkan kerjasama, mahupun perhubungan secara maya, dan jumlah itu bertambah dari hari ke hari.

Pelbagai isu dan bidang kerjasama dibincangkan. Pertemuan demi pertemuan, hubungan demi hubungan, kerjasama demi kerjasama, persidangan demi persidangan, dibuat bagi mencapai misi utama beliau, iaitu kesatuan dunia Islam, selain membantu Negara membangunkan ekonomi, sosial dan pendidikan.

Antara Negara yang pernah mengadakan kunjungan hormat dan menjalin hubungan, termasuklah Arab Saudi, Iran, Qatar, Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Afghanistan, sweden dan Singapura yang dihubungi melalui panggilan telefon.


Dalam kesibukan tugas sebagai Duta Khas, beliau terus komited mengisi program Kuliah Dhuha mingguan di Masjid Rusila, kampung halamannya, mengisi jadual padat sebagai Ahli Parlimen Marang, malah terus teguh mengemudi PAS sebagai Presiden, menjalinkan kerjasama politik bersama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Semua tugas besar ini beliau galas dengan sebaiknya, dan saya sendiri menjadi saksi bahawa beliau menghabiskan begitu banyak waktu dan umurnya untuk perjuangan.

Beliau juga sentiasa optimis dan yakin dengan masa depan dunia Islam yang cerah.

Bekerjasama dengan semua pihak yang tidak menentang Islam, malah bersedia membuka ruang kerjasama dengan yang bukan Islam, kerana agama ini adalah agama keamanan dan perdamaian.

Tidak ada yang lebih beliau runsingkan melebihi keprihatinan beliau terhadap masa depan Islam dan umatnya.
Semoga Allah merahmati Tuan Guru, melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam umur dan tindakan beliau, memberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan menyatukan umat Islam.

Najib Abd Karim

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top