Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Air Selangor Memaklumkan Loji Rawatan Air Masih Belum Beroperasi Sehingga 6.30 pagi ini

Loading...



LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1, 2, 3 DAN RANTAU PANJANG MASIH BELUM BEROPERASI (4 September 2020, 7:00 pagi)



4 September 2020, 7:00 pagi



Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 6:30 pagi ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.



Bantuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air. Pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang sedang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya.



Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.





- TAMAT –

 



Loading...
Back To Top