Melalui gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV, salah seorang pegawai kepada Ikhmal memuatnaik hantaran di Facebook memaklumkan sedang menuju ke Pulau Pinang bagi tujuan berkempen untuk pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Berkempen ke Pulau Pinang berkempen AMPT (07) dan Armada Nasional (101) (70) (59)..,” memetik kenyatan di muatnaik tersebut.
Melalui hantaran yang sama, Ridhwan Nordin turut memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan rombongan Timbalan Menteri itu di dalam pesawat tersebut.
Hantaran bersama gambar-gambar tersebut bagaimanapun dipercayai telah dihapuskan dari laman Facebook Ridhwan.
Untuk rekod Ikhmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah merupakan calon nombor 07 bagi jawatan Ali Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) PPBM.
Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pejabat Ikhmal berhubung isu tersebut.
MR : Jangan sampai merebak, dedah mana-mana Menteri/Timbalan masih nak ikut perangai PH dan BN (lama)
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
