Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Cakap Ikut Sunah Nabi, tapi kerja cari salah orang, terpilih pula tu

Loading...

Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .”  Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama. 

Para pendakwah perlu bijak menangani perbezaan pendapat agar mereka tidak menjadi seperti “orang politik” hari ini yang asyik bertelagah dan mencari peluang untuk menjatuhkan satu sama lain.  Bagi orang politik, apa sahaja ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk menjatuhkan musuh politik mereka atau peluang untuk memberikan kelebihan politik (political mileage), pasti akan dengan pantas merebutnya.

Masing-masing sepatutnya sentiasa mencari jalan bersangka baik dengan apa yang dituturkan. Inilah semangat  al-Quran agar sentiasa bersangka baik (husnul dhan). Sayyidina Umar al-Khattab RA turut diriwayatkan ada menyebut “Jangan kamu bersyak wasangka atas apa yang dituturkan oleh saudaramu melainkan beranggapan ianya baik”. Sebaiknya mengelakkan daripada berdebat kerana Islam tidak begitu menggalakkan kita berdebat kerana dikhuatiri akan membawa perpecahan, permusuhan dan sia-sia.

Dalam sebuah hadith daripada Abu Umamah yang menyebut bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” (H.R. Abu Dawud)

Sikap sebegini tidak sepatutnya tiada dalam diri sesiapa jua yang terpaksa berdebat dalam menyelesaikan perselisihan pandangan.  Imam al-Shafie menyebut “Tidak aku berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan akan Allah SWT zahirkan kebenaran di pihaknya”.

Kalau kita anggap kita pendakwah
Kalau Kita anggap kita pakar hadis
Kalau Kita anggap kita mengikut sunah Nabi s.a.w.

Kita hindar daripada komentar terpilih dan atas isu-isu terpilih. Kita anggap ini musuh/seteru kita [pasal perbezaan pandangan dan kita perlu cari hujah matikan hujah. Sebanrnya kita sama aje dngan orang yang kita kritik.

Kalau Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle tajk setuju dengan Usaz Hashim Jasin pasal cerita hud-hud. Apakah perlu perkara itu diperbesarkan. Adakah ini ajaran Nabi s.a.w.? Saya nak tahu juga dimana sharienya cara yang dibuat oleh Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle?

Perbezaan pandangan dalam kumpulan bukan membuatkan kita mengkritik terfokus. Nabi tak ajar cara itu. Tak setuju dengan PAS isu lain. Tapi mengkritik kerana dia bukan kumpulan kita itu Nabi tak ajar.

Kalau Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle anggap PAS itu hitam, bagi saya Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle pun hitam. Dua-dua sama aje.

Hati mati tidak boleh mengghidupkan hati mati yang lain.
Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle pula ingat kata-kata itu. Orang yang hati dia mati setiap perkataan keluar daripada mulutnya bukan cahaya tetapi bau yang busuk dan beracun. Nak dapatkan hati yang baik bukan datang daripada kelulusan pHD tetapi daripada HATI YANG HIDUP.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top