Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

8 cawangan PPBM di Hulu Langat bubar, 450 ahli keluar parti

PETALING JAYA: Lapan cawangan PPBM di Bahagian Hulu Langat dibubarkan selepas semua 450 ahlinya didakwa meninggalkan parti itu semalam.

Ketua 8 cawangan itu – Dusun Tua, Semenyih Indah, Bandar Rinching Seksyen 5-6, Kuala Pajam, Kampung Rinching, Kampung Tanjong, Batu 26 Beranang dan Batu 10 Cheras – membuat keputusan itu dalam mesyuarat malam tadi.

Mereka dalam kenyataan hari ini mendakwa PPBM Bahagian Hulu Langat hampir lumpuh susulan keputusan keluar parti beramai-ramai dan pembubaran 8 cawangan itu.

Katanya, pembubaran 8 cawangan itu ialah mesej jelas ahli akar umbi terhadap keputusan pucuk pimpinan PPBM yang lari daripada objektif dan prinsip asalnya.

“Prinsip PPBM beramanah dan bermaruah tidak lagi menjadi asas perjuangan parti.

“Jangkaan akan ada lebih banyak cawangan dan ahli parti Bahagian Hulu Langat meninggalkan parti dan bersama perjuangan Dr Mahathir Mohamad.”

#Sumber : FMT   
 







Loading...
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc9HjPM_wRvSjmpH66aAQt0F5DFlaC-m7PvCyVF8hGKIcYyJYgRGgKpIwd9_rAbLq9xvgsdEAYCKpBUst2wDenleYsUHjVwTlB7q1nj4CcolKTM9Volr2n3R6Od_s82xQ3p7vLlC-8qTk/w640-h124/maduasli.gif" width="100%">

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top