Loading...
"SIDANG MEDIA KETUA POLIS JOHOR"
12 Ogos 2020
Polis Johor telah menahan empat orang pekerja termasuk pengurus kilang berusia 56 tahun kerana memasang bendera Malaysia dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tebrau, Johor.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang media menegaskan, pihak polis tidak lagi akan bertolak ansur dan memberi amaran terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut.
Loading...



