Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

UMMAH Buat Laporan Polis, TH Gagal Kemukakan Laporan Kewangan 2018-2019 Ke Parlimen


1.Gerakan Pembela Ummah UMMAH akan membuat satu laporan polis berkaitan satu pendedahan di Parlimen oleh YB Ahmad Mazlan, bahawa pengurusan TH gagal mengemukakan dan membentang laporan kewangan tahunan bagi 2018 dan 2019 kepada Parlimen.

2. Adakah TH bersih seperti yang didakwa PH ?

Gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit kepada Parlimen memperlihatkan TH tidak bersih dan ada agenda tersembunyi dalam transaksi kewangannya. Pengumuman hibah bagi tahun 2018 dan 2019 tampa laporan kewangan tahunan diaudit adalah kesalahan besar dibawah Akta Tabung Haji.

3. Sehubungan itu UMMAH meminta satu siasatan dibuat kepada Pengurusan Tertinggi TH, Pengerusi dan Lembaga Pengarah TH kerana mana mungkin perkara asas dan kewangan sepenting ini, juga melibatkan patuh syariah diabaikan sebegitu rupa.

4. UMMAH akan membuat laporan polis di seluruh negara pada hari Isnin, 20 Julai 2020 nanti bagi memastikan satu siasatan dibuat berkaitan kegagalan membentangkan laporan kewangan ini kepada Parlimen dan rakyat sebagai pendeposit TH.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah

15 Julai 2020 / 23 Zulkaedah 1441H





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

Loading...
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtVI8iN5rwh0RBZ8V68BkAPYTlHb7tlgsuCzP8X2FdRabyfQLIrQ2GpYjTy6O6Mc_P_A82AjAD2y5Xg_CojWFt6Ch2nQhigR3mEY4_r580T3rKE899N4Qf7fxvvD2gx2Lnx2yBpJnai7U/d/paksu2tv.gif" width="100%">



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top