Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Selepas Speaker dan timbalan dilantik: Pas minta terimalah takdir Allah

Pas meminta semua pihak menerima semua apa yang berlaku sebagai ‘takdir
Loading...
Allah’ dan tidak melawan atau menentangnya.

AJK Pas Pusat, Nasruddin Hassan dalam satu tulisan di facebook beliau berkata, “Tanda iman, kita mestilah berdamai dengan takdir Allah swt. (Jangan berlawan atau menentang takdir Allah).”

Tulisan beliau itu dibuat ketika pelbagai pihak bertanya apa sikap Pas selepas orang yang mereka tentang selama ini kini menjadi Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Datuk Azhar Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat semalam dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Pas sebelum ini membantah pemilihan Azhar kerana sikap beliau didakwa menyokong LGBT manakala Azalina pula ditentang kerana berperangai seperti lelaki.
Loading...
Back To Top