Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Lelaki Bangladesh ditemubual Al Jazeera ditahan imigresen

PETALING JAYA: Lelaki warganegara Bangladesh yang ditemubual media antarabangsa Al Jazeera dalam dokumentari kontroversi tentang pendatang asing sudah ditahan imigresen.

Penahanan Md Rayhan Kabir, 25, disahkan Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Memetik laporan Harian Metro, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan imigresen.

Rayhan menjadi sasaran pihak berkuasa selepas dia muncul dalam episod program 101 East terbitan Al Jazeera tentang dakwaan penganiayaan terhadap pendatang asing semasa tempoh kawalan baru-baru ini.

Ratusan pekerja asing ditahan di Kuala Lumpur ketika pelaksanaan PKP dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat tahanan imigreseKerajaan dilaporkan berkata, langkah itu perlu untuk mengurangkan risiko Covid-19 dalam kalangan pekerja asing

Loading...
dan pendatang asing tanpa izin.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di pusat tahanan membawa kepada dakwaan bahawa tahanan ditempatkan dalam persekitaran yang sesak. Dakwaan itu ditepis Putrajaya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top