KUALA LUMPUR: Kuching, Sarawak, kini diisytiharkan sebagai Zon Merah selepas mencatatkan 41 kes COVID-19, setakat jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat lagi kes baharu dikesan dalam Kluster Sentosa dengan hospital berkenaan telah ditutup kepada orang awam.
Paparan dalam Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
"Semua kakitangan dikuarantin di dalam hospital itu. Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan.
"Seramai 677 individu telah disaring dan diuji. Daripada jumlah itu, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching telah menjadi Zon Merah," katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini. -BH
MR : .....Pengorbanan selama ini sia-sia jika rakyat abaikan SOP.......
Peluang musim haji masih samar
WABAK Covid-19 yang telah menjangkiti lebih 800,000 orang semalam menyebabkan banyak acara besar dunia tertangguh atau dibatalka…
Wanita maki polis direman sehari
KUALA LUMPUR – Wanita yang memaki pasukan polis dan tentera semasa sekatan jalan di Persiaran Surian di Petaling Jaya semalam di…
Pergerakan tak boleh lebih 10km dari rumah
Menurut warta kerajaan, individu yang meninggalkan rumah untuk membeli barangan runcit, makanan, atau bagi mendapatkan rawatan p…