PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah 2 Pemuda PPBM, yang dipercayai merupakan wang milik parti berkenaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dilaporkan berkata, kedua-dua ahli Pemuda PPBM itu disoal-siasat pada 5 Jun lepas.
“Setelah disoal siasat, pegawai (SPRM) pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di 2 lokasi berasingan di Kuala Lumpur. Mereka menemui wang tunai RM600,000 di 2 lokasi itu,” katanya.
Selain itu, SPRM juga merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 yang dimiliki pihak ketiga dan dipercayai sudah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi FMT turut mengesahkan perkara tersebut.
Terdahulu, SPRM menahan seorang pemimpin pemuda parti itu bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang bekas ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman.
SPRM menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tangkapan itu bermotif politik dan dalam kes berkenaan, agensi itu mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun Pemuda PPBM.
Sebelum ini, media melaporkan kes kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes itu pada Mac.
MR : Yang ini Malaysiakini lambat siar..
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.