KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi menyiasat segala dakwaan penyelewengan dalam institusi tersebut.
Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu penting bagi mengembalikan keyakinan pelabur dan kira-kira 9.4 juta pendeposit institusi terulung umat Islam negara itu.
“Walaupun RCI mengenai TH bukanlah sebahagian daripada janji kerajaan (sebaliknya janji manifesto Pakatan Harapan [PH]), namun rakyat berhak mendapat penjelasan yang tuntas dan telus mengenai pelbagai tuduhan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.
Asyraf berkata, TH adalah institusi yang cukup bernilai di hati rakyat Malaysia dan kecemerlangannya sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia, malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.