Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Apakah Ini Punca Mahathir Dendam Anwar Hingga Kini?

TUN Dr Mahathir seorang pelakon yang hebat.

Bakat lakonan yang hebat itu menjadikan beliau seorang ahli politik yang hebat.

Beliau dan keluarga juga sering didakwa banyak pihak sebagai amat kaya raya.

Selain dakwaan kekayaan luar biasa beliau dan anak-anaknya, para kroni juga dan sahabat beliau juga dikatakan menumpang kesenangan yang luar biasa.

Perwatakan sebenar Mahathir ialah beliau seorang yang kuat berdendam.

Beliau seorang yang digeruni ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.

Hanya Bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berani memberikan sedikit tentangan namun berakhir dengan buruk sekali natijahnya.

Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar sehingga kini menjadi seorang yang amat dibenci Mahathir.

Mengapa? Adakah kerana Anwar didakwa gemar meliwat budak muda? Rasanya pemikiran separa liberal Mahathir tidak peduli sangat pun dakwaan itu.

Justeru apa punca Anwar dibenci sehingga kini sehingga dinafikan janji untuk diberikan jawatan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan menang PRU14?

Pada satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen Indonesia (tonton video di bawah) beberapa tahun lalu, Anwar mendedahkan punca kemarahan itu.

Anwar memberitahu (membuat dakwaan) hos rancangan berkenaan, beliau selaku Menteri Kewangan melihat berbilion dollar duit Malaysia dicuri Mahathir.

Beliau mendakwa melihat sendiri pencurian wang keluar dan masuk berlaku.

Tidak tahan dengan situasi itu, Anwar mendakwa telah menasihatkan Mahathir agar berundur dari jawatan Perdana Menteri pada ketika itu.

Anwar berkata, tindakan beliau menghalang kecurian wang tersebut telah menimbulkan kesusahan kepada bukan hanya kepada Mahathir, tetapi juga keluarga dan para kroni beliau.

Jelas Anwar, beliau bukan seorang yang rakus jawatan Perdana Menteri, tetapi tidak sabar melihat pencurian yang berlaku.

Keadaan itu menyebabkan beliau tampil melawan Mahathir.

Kalau benar dakwaan ini, maka sekarang kita faham punca Mahathir sangat marah kepada Anwar. – MYNEWSHUB


MR :  Sekarang Mahathir dah suci yang PAS pula kononnya tak suci


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke
Loading...
href="https://t.me/mindarakyatt">https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top