1. Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang telah memberikan amaran kepada wakil-wakil rakyat yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.
2. Sepertimana diketahui bahawa punca ketidakstabilan politik yang berlaku ini bermula dengan “Langkah Sheraton” telah memberi kesan kepada kestabilan pemerintahan Kerajaan Negeri Johor di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Namun pertukaran itu masih berjalan dengan lancar dan aman.
3. Justeru itu, tidak mustahil berlaku apa jua pertukaran kerajaan memerintah dalam amalan sistem demokrasi. Maka, kerajaan yang telah hilang majoriti dalam Dewan Negeri Johor perlulah mengundur diri, tidak perlu direbutkan lagi kuasa yang telah tiada agar perubahan kerajaan dapat dilangsungkan dengan baik
Loading...
dan aman sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.
4. AMK Johor turut menyokong penuh titah DYMM Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Negeri Johor serta merta seandainya pihak yang sudah kehilangan majoriti untuk menjadi kerajaan masih berkeras untuk berebut kuasa demi mempertahankan kedudukan mereka dalam kerajaan hari ini. Walaupun dengan situasi wabak Covid-19 yang masih belum selesai, AMK Johor berpendirian bahawa DYMM Sultan Johor mempunyai pertimbangan yang cukup kuat apabila mengutarakan amaran selari dengan sikap konsisten DYMM Sultan Johor yang sentiasa meletakkan kestabilan dan kelancaran pemerintahan Kerajaan sebagai keutamaan.
5. AMK Johor bersedia untuk menghadapi pilihanraya sepertimana yang disarankan oleh DYMM Sultan Johor supaya sebuah pentadbiran kerajaan yang mengutamakan rakyat dapat diwujudkan selari dengan “track record” PH Negeri Johor sepanjang 22 bulan memerintah apabila muncul sebagai negeri terawal yang berjaya melunaskan janji 100 hari pemerintahan dan terus komited melaksanakan manifesto lain di peringkat negeri sehinggalah pemerintahan kerajaan digugat oleh Perikatan Nasional.
6. Sesungguhnya tiada kuasa yang mutlak bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Ali'Imran. Ayat 026:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki”
DAULAT TUANKU,
KEPADA ALLAH BERSERAH
ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR