Loading...
Tak nak ulas, tajuk dah memadai. Engkau orang baca sendiri berita di Malaysiakini di bawah. Dia masih rasa dirinya MB dan bapak dia rasa masih PM. itu dinamakan giler talak politik.
--------------
Saya masih MB - Mukhriz
Mukhriz Mahathir mempertahankan beliau masih menteri besar Kedah walaupun pembangkang mendakwa beliau telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah dakwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam, katanya.
"Ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanakan termasuklah yang melibatkan kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah sebelum perkara seperti itu boleh berlaku.
"Jadi, sebelum ia berlaku maka kerajaan ini masih lagi beroperasi seperti biasa dan sebab itu saya punya mesyuarat exco pun boleh berlangsung hari ini," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.
Mukhriz berkata demikian setelah mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, ketika menjawab soalan pemberita.
MR : Semalam PAS kedah cakap, jangan gelojoh biar Sultan buat keputusan
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...