POLIS melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di daerah ini mulai kelmarin untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, polis akan mengesan mereka yang melakukan perjalanan merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada mereka yang melanggar arahan dan pulang ke kampung menggunakan jalan tikus.
"Kita akan memastikan keadaan selamat dan tidak ada mereka yang ingkar atau melanggar arahan dikeluarkan.
"Setakat semalam (kelmarin) tiada kompaun dikeluarkan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah akan diteruskan menjelang Aidilfitri bagi memastikan PKPB dipatuhi," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Syed Basri berkata, anggota polis dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan membuat pemantauan di pusat beli-belah serta kedai makan bagi memastikan orang ramai patuh arahan dan menjaga penjarakan sosial termasuk memakai pelitup muka.
"Menjelang hari raya, orang ramai yang keluar membeli keperluan perlu mematuhi prosedur operasi selamat (SOP) dan kita akan mempertingkatkan pemeriksaan," katanya.
MR : Raya nanti selamatlah, rumah selamat ancaman pencuri dan "peminta sedekah" kanak-kanak beraya!
sila subscribe via telegram


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.