Loading...
KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuklah saringan kesihatan, penggunaan topeng muka dan penjarakan sosial.
Selain itu katanya, anggota penguatkuasa ditempatkan dalam gerabak kereta api bagi memantau pergerakan dan menasihati penumpang jika tidak mematuhi SOP ditetapkan.
"Mana-mana individu yang dikenal pasti gagal mematuhi SOP ini tidak akan dibenar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
"Setakat hari ini, saya boleh kata orang ramai mempamerkan perkembangan mengagumkan apabila kebanyakan mereka mempunyai tahap kesedaran tinggi dan mematuhi SOP ditetapkan.
"Kita akan sentiasa memantau keadaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengurangkan potensi jangkitan COVID-19," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ka Siong ditemani pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Nizam Alias turut meninjau pelaksanaan hari pertama PKPB di Stesyen MRT Bukit Bintang.
Mengenai bilangan penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api, beliau berkata, jumlahnya dijangka meningkat dari semasa ke semasa, bergantung kepada sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB.
"Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1, 2 serta 3 kita melihat penurunan mendadak sampai tahap lima peratus sahaja daripada jumlah penumpang yang ada pada hari biasa (sebelum PKP).
"Setakat hari ini, kita belum melihat penggunaan yang signifikan kerana masih banyak sektor yang belum beroperasi sepenuhnya dan setiap persediaan dibuat bergantung kepada keadaan semasa," katanya.
Sementara itu, Nizam berkata, waktu puncak penggunaan kereta api dipanjangkan sepanjang PKPB, iaitu bermula jam 7 hingga 11 pagi dan 4 petang hingga 7 malam dengan kekerapan antara tiga hingga empat minit, berbanding sebelum ini.
"Ini bagi membolehkan penumpang dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan kapasiti ditetapkan sepanjang PKPB, iaitu separuh berbanding kapasiti asal," katanya.
Bagi penumpang, Eksekutif Peruncitan, Aw Yong Hui, 27, pula berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
"Seperti hari ini, saya gunakan topeng dan pelindung muka sepanjang menaiki tren kerana khuatir dengan kebarangkalian yang boleh berlaku sepanjang menggunakan perkhidmatan ini.
"Bagaimanapun, keadaan terkawal sepanjang saya menaiki tren sebentar tadi, selain tidak mengalami serangan panik," katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...