Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad dan personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.
Mohd Ali, 56, dan Ras Adiba, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran di bangunan Parlimen..
Mohd Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, akan memegang jawatan itu selama tempoh tiga tahun berkuat kuasa 11 Mei lepas bagi mewakili negeri Melaka.
Sementara Ras Adiba yang merupakan Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral, akan memegang jawatan bagi tempoh yang sama berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU.
Pelantikan Mohd Ali diumum Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah mendapat undian majoriti 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) daripada 28 ADUN pada sidang DUN, 11 Mei lepas.
MR : Mewakili OKU dan artis
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
