Katanya lagi sehingga ke hari ini juga, fakta jelas menunjukkan bahawa Tun dan lain-lain ahli parlimen berkaitan TIDAK PERNAH menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain. Oleh sebab itu, Fasal 10.2.3 Perlembagaan PPBM juga TIDAK TERPAKAI sama sekali.
Keputusan YB Tun dan yang lain-lain untuk tidak duduk bersama blok kerajaan kerajaan sama sekali tidak boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan yang terjumlah kepada pengistiharan keluar parti dan menyertai parti lain.
Hari ini Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar notis menolak pemecatannya daripada Bersatu kepada ibu pejabat parti itu dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ia diserahkan oleh peguamnya Haniff Khatri.
Menurut Haniff, notis kepada ROS itu memohon pertikaian berkaitan dirujuk bawah bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966.
Notis kepada bersatu pula menegaskan bahawa keanggotaannya dalam parti dan kedudukan sebagai pengerusi parti “kekal dan sah”.
Sebenarnya Muhyiddin bijak mengatur politik, pertama dia beli masa Mahathir dengan mengambil masa yang panjang dengan polimik yang diluar jangkaan. Mahathir menjadi sibuk dengan urusan remeh untuk mempertahankan kedudukannya.
Mahathir akan menghabiskan masa untuk mempertahankan diri sedangkan Muhyiddin pun mengatur strategi menguatkan kedudukan dalam kerajaan dan Bersatu.
Nampak tak Mahathir kena "games" sebelum konvesyen Bersatu.
Nanti oleh kerana kedudukan Tun masih belum diputuskan oleh ROS, pemilihan berlaku tanpa Tun. Muhyiddin boleh atasi masalah pemilihan dengan tenang.
Nasir Ramlee
MR : Kena permain juga akhir atuk
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.