Loading...
JOHOR BAHRU - Pas Johor berharap pergolakan politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO yang menjadi tunjang gabungan Perikatan Nasional di negeri ini tidak bertambah buruk sehingga mengakibatkan pembubaran serta pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya yakin perkara tersebut dapat dielakkan dan perbincangan antara Pas, Bersatu dan UMNO sedang dilakukan untuk mencapai kata sepakat.
"Kita harap mudah-mudahan tidak berlaku (pembubaran (DUN) dan semua pihak akan meneruskan kerjasama serta mengeratkan lagi perpaduan sedia ada.
"Kita perlu mengekalkan persefahaman walaupun berbeza pendapat. Memang ada beberapa pandangan peribadi atau individu tertentu, tetapi itu bukan daripada pucuk pimpinan parti," katanya.
Beliau yang juga Penasihat Khidmat Malaysia Johor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan peralatan dan pakaian perlindungan diri (PPE) daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Johor serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di Bilik Gerakan Covid-19 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.
Sumbangan itu antaranya 300 gaun isolasi, 400 pelindung muka dan 5,000 sarung tangan getah disampaikan Pengerusi Papisma Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Timbalan Pengarah HSA, Dr Redzuan Abd Hamid.
Pada 27 April lalu, Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri dalam satu kenyataan mendakwa gabungan itu di Johor dilihat rapuh dan meminta meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.
Solihan mendakwa 11 wakil rakyat parti itu serta seorang wakil bebas dalam DUN mempunyai peranan penting untuk menentukan gabungan Perikatan Nasional terus utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.
Susulan itu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Bersatu di negeri itu tidak 'cakap banyak' malah berpendapat lebih baik Sultan Johor membubarkan DUN kerana parti itu tidak ada majoriti dalam DUN.
Bersatu mempunyai 11 kerusi manakala UMNO 16 kerusi DUN di negeri ini.
Mengulas lanjut Abdullah berkata, Pas Johor akan menjadi perantara untuk mendamaikan dan menenangkan antara dua parti tersebut sebagai penyelesaian terhadap konflik berkenaan.
"Saya akan bertemu Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang pada petang ini berkenaan hal ini.
"Kerjasama antara Bersatu dan UMNO masih baharu, berbeza dengan UMNO dan Pas yang sudah lama menjalinkan persefahaman," katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga parti itu harus sedar dan menghargai pencapaian gabungan tersebut yang sudah berjaya sampai ke tahap membentuk kerajaan secara bersama-sama.
"Kita berjaya membentuk kerajaan dan kekal sebagai (kuasa) dominan Melayu Islam. Kita harap akan dapat terus memerintah dengan baik. Sempena Ramadan ini, diharapkan Bersatu dan UMNO berbaik-baik dan mengeratkan silaturahim," katanya.