Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kedah Tangguh PKPB

Loading...

ALOR SETAR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

“Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus COVID-19.

“Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakkan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi, lapor Bernama.

Mukhriz berkata kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah. Dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB mulai Isnin ini di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top