Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jangan Perkecilkan Kemampuan Tun Dr Mahathir kata pimpinan Amanah


Terbaca (bukan sengaja cari nak baca) tulisan Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), penganalisis politik yang berasal dari Terengganu, Dr Mazlan Ali di facebook bekas Ketua Editor Harakah yang kini menjadi penulis parti AMANAH, Lutfi Othman bertajuk "JANGAN PERKECILKAN KEMAMPUAN TUN DR. MAHATHIR"


Dr Mazlan Ali adalah ahli parti AMANAH dan perancang strategi politik AMANAH secara 'sair' (rahsia). Dia menggunakan pelajar UTM untuk kajian-kajian politik bagi keperluan pembentangan didalam mesyuarat biro politik AMANAH. Itu bacaan/fakta pertama.

Kedua dia satu-satunya sumber maklumat yang jitu kepada Lutfi Othman seorang penulis politik yang boleh dikatakan hebat sebelum ini. Macam penulis Syed Hussein Al Attas dan Mohd Sayuti Omar, Ahmad Lutfi Othman mengalami zaman kejatuhan kerana sumber maklumat mereka sudah tidak ada atau terhad. Syed Hussein Al Attas sudah lama tidak menulis kerana tiada sumber, Manakala Sayuti Omar menjadi penulis 'rubbish' kerana mengambil sikap pengampu dan kini tiada beza dengan penulis RBA yang makan gaji.


Lutfi Othman menjurus kepada situasi ini bila buku-buku terakhirnya sekitar politik PH dan AMANAH yang bersumberkan maklumat daripada satu sumber sahaja iaitu "pemikiran parti AMANAH", Betul dia ramai kawan wartawan tapi semua pemikiran sehala tidak bercambah termasuk Zin Mahmud.

Mengulas tulisan Dr Mazlan Ali yang di post oleh Lutfi di facebooknya menyenaraikan beberapa faktor yang dia yakin Tun Mahathir mampu menggugat dan meruntuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Mat Yasin (TSMY) tidak lama lagi.

Katanya, Tun sejak awal mengatakan beliau mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan berbanding TSMY. Walaupun TSMY memiliki segala kelebihan sebagai PM, yang mampu untuk melakukan tawar menawar terhadap ahli-ahli Parlimen untuk menyokongnya, namun sehingga sidang sehari pada 8 Mei yang lalu, Tun dipercayai mempunyai sokongan yang setanding dengan TSMY sehingga terdapat satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kedudukan sokongan TSMY dan Tun Mahathir adalah 50-50 (111 vs 111) di Parlimen.

Memang mengikut sumber politik dan permainan psywar undi tak percaya berjaya. Sebelum ini pun Tun dan psywar kononnya dia ada 119 bukan 111 sebagaimana Dr Mazlan berpendapat. Tapi hakikatnya apabila sidang parlimen diadakah ternyata Muhyiddin ada 113 MP tolak 1. Dr Mazlan terima hakikat 113 katakan tolak lagi 1 jadi 112 masih lagi majoriti berbanding 107 + 2 = 109.

Adakah Dr Mazlan boleh fikir mampukan kerajaan dibentuk hanya dengan sokongan 109 MP?

Kedua hujah Dr Mazlan, Walaupun Tun Mahathir dituduh sbg penyebab keruntuhan kerajaan PH, namun sehingga kini Tun masih mampu mengemukakan alasan yg menyakinkan mengapa beliau bertindak demikian (meletakkan jawatan), dan byk pihak boleh menerima alasan beliau dan malah menjelang 8 Mei 2020 yg lalu, Tun berjaya mendapatkan sokongan tidak berbelah bahagi dari Datuk Seri Anwar (PH) dan juga Syafie Apdal.

Tun Mahathir juga berjaya mendapatkan kelulusan Speaker Dewan Rakyat untuk mengemukakan undi tidak percaya kpd TSMY, walaupun akhirnya sidang 8 Mei hanya sekadar mendengar titah Ke Bawah DYMM SPBYDPA sahaja.

Selepas sidang ringkas 8 Mei, YB Kujat dari Sarawak menyatakan sokongan kpd Tun Mahathir sementara YB Baru Bian, MP Bebas kelihatannya mula memainkan peranannya dalam politik Sarawak yg berpotensi utk memecahkan gabungan GPS.

Walaupun tidak mengistiharkan sokongan terbuka, adalah dipercayai bahawa Baru Bian kini dilihat oleh pemerhati politik seolah2 sbg kuda trojan Tun Mahathir yg berperanan utk melemahkan lagi solongan terhadap kerajaan PN.

Kesan dari kritikan Baru Bian terhadap ketidakseimbangan kuasa dalam GPS dan mendesak parti2 kecil dalam GPS mengkaji semula kedudukan mereka dlm kolisi Sawarak tersebut, GPS pada 22 Mei lalu menyatakan mereka (GPS) bukan sebahagian dari anggota kolisi PN seperti mana yg difahami ramai sebelum ini.

Hujah kedua Dr Mazlan, nampaknya satu politik hebat Tun mahathir tetapi Dr Mazlan tidak memahami pula politik sebelah Muhyiddin. Nanti saya akan tunjukkan politik PN pula.

Semasa Tun Mahathir mengatakan ada sokongan 119 MP, mood rakyat sebahagianya mempercayai bilangan tersebut dan ada yang merasai bila kedudukan Dr Mazslee Malik dan sebahagian Bersatu bersama dengan Mahathir, Muhyiddin hanya menjadi PM kerana kehendak Agong bukan atas dasar majoriti. Mood ini berlangsung walaupun bilangan MP Tun dipertikaikan dan Tun sendiri mengakui tiada lagi sokongan kerana MPnya mungkin beralih.

Tapi apabila sidang parlimen berlaku ternyata

Loading...
Muhyiddin ada majoriti, Agong akui dan bilangan MP ternyata lebih. Mood rakyat dah berubah dan suara untuk undi tak percaya mula kendur dan hampir hilang. Ini dilihat daripada media sosial cybertropper PH tidak lagi memainkan isu undi tak percaya. (yang ini tak perlu kajian Dr Mazlan)

Paling lucu Dr Mazlan bercakap pasal kuda trojan Tun Mahathir, dia lupa kuda trojan PN pula kuat dalam PKR. Dr Mazlan macam tak berfikir bahawa PKR itu adalah titik lemah PH yang boleh meruntuhkan PH keseluruhannya. Tolonglah buat kajian tentang kejatuhan beberapa negeri bukan kerana BERSATU tetapi kerana faktor PKR, termasuk MP bukan muslim PKR.

PH cuba nak serang Muhyiddin, kerajaan PN atau Kerjaan Pusat tetapi dia tak tahu strategi PN pula meruntuhkan PH dengan menjatuhkan kerajan negeri di bawah PH. Kejatuhan Kerajaan PH Kedah adalah satu pukulan hebat kepada Tun Mahathir daripada segi moral kerana Mukhriz anaknya yang digunakan untuk bertanding lawan Muhyiddin dimalukan besar. Bukan sahaja PH terkesan tetapi ini membuatkan kedudukan Mahathir dalam Bersatu makin tergugat.

Dr Mazlan, kuda trojan PN ada di Selangor dan Sabah yang bila-bila masa kedua-dua negeri ini boleh jatuh. Jangan pandang remeh kepada Azmin. 50 lebih pimpinan PKR keluar parti sepanjang PKR wujud kerana masalah dengan Anwar dan Azmin adalah orang yang paling lama boleh bertahan serta memahami selok belot politik Anwar Ibrahim. Dr Mazlan tolong buat kajianlah!

Ketiga, kata Dr Mazlan, Meskipun byk pihak mengatakan Tun enggan menyerahkan tampuk pemerintahan kpd DS Anwar Ibrahim sblm kejatuhan PH tempohari, tetapi hakikatnya sorong tarik politik Tun Mahathir ini masih meletakkan beliau sbg "pilihan wajar" bagi PH dan dilihat beliau (Tun) adalah faktor penting bagi PH untuk melakukan sesuatu bagi mengembalikan semula mandat rakyat 2018 yg lalu. PH sedar tanpa Tun, usaha utk menentang TSMY dan menjatuhkannya hanyalah tinggal sekadar harapan semata2.

Oleh kerana itu, tidak ramai pemimpin2 PH secara terbuka menentang kerjasama sekali lagi dgn Tun Mahathir dalam politik negara. Ini bagi saya adalah satu kekuatan unik yg dimiliki Tun yg tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

Ini bukan kesimpulan untuk PH tetapi rasanya untuk parti AMANAH sebagaimana mungkin Dr Mazlan pernah bentangkan kepada pimpinan AMANAH bahawa nyawa politik AMANAH bukan lagi pada DAP tetapi duduk pada Mahathir. Hilang Mahathir makna hilang AMANAH dan benarlah kata Presiden PAS AMANAH tidak boleh lebih daripada 2,3 atau 4 tahun sahaja.

Keempat, Dr Mazlan menyatakan Sbg seorang pemimpin dan negarawan ulung negara, tidak sesiapa pun patut memperkecilkan keupayaan Tun Mahathir utk melakukan gerak politik yg dijangka mampu menumbangkan sesiapa sahaja. Dan jangan memandang rendah pada kedua orang penasihat kanan beliau- Tun Daim dan Kadir Jasin. Dua individu ini adalah arkitek politik Tun dgn pemilikan pengaruh dan sumber yg tidak terhad.

Dr Mazlan Daim tu dah tuan macam Tun Mahathir juga orang tua akal hebat mana sekali pun nafsu kurang keupayaannya tidak lagi macam dulu bila kuasa makin terhakis. Sama juga si Kadir tulisannya banyak merapu dan rasanya tak membantu. Ramai orang muda kini berada di tangan PN dan politik PN adalah politik rakyat. Rakyat tak lagi macam dulu, pemikiran orang tua jauh daripada landasan politik Malaysia Baharu.

Negara Malaysia akan lebih baik, aman dan makmur sekiranya Mahathir dan Anwar tiada dalam persada politik masa hadapan ini.

Nasir Ramlee


MR :  Ayat terakhir itu admin setuju


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top