Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tun dan PH: Sahabat atau musuh?

Loading...
Oleh Khalid Samad

Rentetan daripada artikel saya sebelum ini mengenai pertemuan saya dengan Dr Mahathir Mohamad, saya telah dibanjiri dengan pelbagai soalan dan komen daripada banyak pihak dan daripada spektrum politik yang berbeza. Ada yang memuji artikel tersebut dan berterima kasih kerana berkongsi pandangan serta pengalaman saya dengan mereka.

Sementara itu, ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa saya masih sanggup bersusah payah untuk berjumpa dengan “lelaki tua tersebut”, kerana pada mereka, sejak dari awal lagi Tun juga terlibat dengan pengkhianatan yang berlaku. Dan tentunya ada juga sebahagian daripada mereka yang sukar membuat keputusan, samada Tun ini adalah kawan atau musuh.

Sebagai penambah rasa, ada pula yang berkata, "Semua ini membuang masa sahaja. Perkara ini tidak relevan, kerana Tun sekarang tidak lagi relevan!"

Bagi mereka yang merasakan bahawa Tun daripada awal lagi terlibat dengan pengkhianatan yang berlaku, mereka akan berkata, "Mengapa Tun letak jawatan? Peletakan jawatan itu adalah bukti yang jelas bahawa dirinya sendiri sebagai pelaku pengkhianatan tersebut!"

Tetapi ditambah pula kemudiannya, bahawa dia selepas itu rasa bersalah sehingga menyebabkan dia menarik diri di saat akhir lalu tidak bersama dengan Muhyiddin, sebaliknya memaksa Muhyiddin menjadi PM. Ia adalah teori yang baik sekiranya anda anggap dakwaan berlakunya rasa bersalah kemudiannya, adalah sesuatu yang munasabah.
Memandangkan banyak sangat persoalan dan teori, maka saya ingin mengupas isu ini dalam tulisan saya kali ini, dengan harapan ia dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang mengapa Tun meletakkan jawatannya dengan cara ia dilakukan, sehingga menyebabkan kita berada dalam keadaan yang sepertimana kita dapati diri kita hari ini.

Persoalan ini tidak dijelaskan secara panjang lebar oleh dirinya sendiri, tetapi selepas beberapa kenyataan berasingan oleh Tun, beberapa perkara seperti berikut telah saya simpulkan.

Tetapi sebelum itu mari kita tinjau kembali persitiwa-peristiwa yang membawa kepada peletakan jawatan Tun.

Pada malam hari Jumaat, 21 Februari yang lalu, Majlis Presiden PH telah bermesyuarat dan seperti yang dijangka, mungkin untuk pertama kalinya, isu peralihan kuasa telah dibincangkan secara serius.


Mesyuarat menjadi 'panas' daripada biasa tetapi tidaklah sampai ‘terbakar’. Tidak ada meja yang dihentak atau kenyataan menghina dikeluarkan; yang berlaku adalah satu perdebatan, iaitu sama ada lebih baik kesannya kepada PH dan rakyat serta pelabur sekiranya tarikh peralihan PM ditetapkan, atau sebaliknya.

Pendirian Bersatu mengenai perkara itu adalah untuk diputuskan sendiri oleh Tun bila beliau mahu melepaskan jawatan dan tiada tarikh yang perlu ditetapkan untuk peletakan jawatannya. Azmin lebih spesifik, beliau mahu Tun kekal sebagai PM sehingga tempoh penggal berakhir.

Semasa perbincangan tersebut, ada juga beberapa tuduhan yang dibuat, khususnya terhadap Anwar; bahawa dia adalah dalang sebenar di sebalik serangan peny
Loading...
Back To Top