KUALA TERENGGANU, 10 April - Kerajaan negeri telah melakukan operasi nyah cemar di seluruh pasar yang menjadi tumpuan orang ramai di Terengganu hari ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, operasi di 42 pasar terkemuka itu melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).
"Kita memilih pasar kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang kita yakin virus tersebut mudah merebak di tempat ini.
"Operasi seperti ini kita akan jalankan bergantung kepada situasi semasa wabak tersebut termasuk kejadian kes di Terengganu," katanya ketika ditemui media selepas operasi disinfeksi di Pasar Borong Gong Pauh, di sini hari ini.
Turut menyertai operasi itu adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, serta Pengarah Jabatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.
![]() |
Anggota bomba yang bertugas di barisan hadapan. |
"Ia melibatkan lokasi-lokasi seperti pasar awam, tandas awam, taman rekreasi awam, perhentian bas, rumah ibadat dan premis makanan dan bukan makanan milik MPK.
"Hari ini kita buat secara bersepadu di setiap daerah, bagi menyekat penularan wabak pandemik itu.
"Kerja-kerja nyah cemar ini juga sedang diperluaskan kepada
Loading...
191 buah rumah ibadat di Daerah Kemaman," jelasnya.
Menurut Jusman lagi, pihak Mnajlis juga mendapat tajaan bahan serta peralatan nyah cemar daripada Syarikat Malay Sino Chemical Industries dan Joo Hin Hardware & Machinery.
"Selain itu, Syarikat Encompass Industrial juga turut menyumbang peralatan PPE iaitu sarung tangan bagi kegunaan anggota semasa menjalankan kerja-kerja nyah cemar," tambah beliau.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt